Air pasang besar di Pantai Remis dijangka lebih teruk malam ini

Pegawai Bencana Operasi Angkatan Perkhidmatan Awam Malaysia (APM) Daerah Manjung, Shamsur Shahuddin berkata pihaknya juga menjangkakan jumlah penduduk yang terpaksa dipindahkan akan meningkat.

Ketika ini 15 keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Panchor.

Beliau berkata setakat tengah hari tadi, paras air adalah satu meter berbanding 1.2 meter sekitar 6 pagi.

Seorang penduduk Shariff Yaacob, 68, berkata air mula memasuki rumahnya kira-kira pukul 5.30 pagi ketika anggota keluarganya sedang tidur. – Bernama

 

Related Articles