Tetapi kini ada cara yang lebih baik untuk memastikan rasa kopi anda di waktu pagi lebih enak – memperkenalkan air kopi istimewa Aquiem.
Menerusi ilham sekumpulan usahawan di Baton Rouge, Louisiana, Aquiem adalah “air yang diperkayakan” menerusi proses penapisan bagi memastikan kandungan mineral berada di tahap kosong, kemudian dipertingkatkan dengan mineral-mineral penting semulajadi untuk rasa yang lebih konsisten untuk keseimbangan aroma kopi.
“Anda tentu tidak mahu benda-benda seperti zink dan plumbum, florida, klorin dan kalsium di dalam air. Semua ini akan memberi kesan pada rasa kopi,” kata Pengasas bersama Aquiem, Rob Vidacovich kepada Daily Coffee News
“Cuma benda-benda seperti magnesium, potassium dan beberapa jenis kalsium sahaja yang akan memberi rasa yang diingini kepada kopi anda,” katanya.
Idea asal di sebalik air kopi istimewa ini timbul dari jurutera air bawah tanah Frank Manale, seorang Ketua Pegawai Operasi firma perunding yang berkepakaran dalam mengendalikan tanah berisiko dan system pemulihan air bawah tanah, yang juga telah berusaha selama enam tahun bagi mendapatkan formula air yang sempurna untuk kopi.
“Dia sering membaca artikel-artikel yang mengatakan bahawa kopi diperbuat dari 98 peratus air, dan betapa pentingnya bagi air yang digunakan untuk memiliki elemen-elemen yang betul,” ujar Vidacovich.
Selepas bertahun menjalankan kajian dan formula yang tidak terkira jumlahnya, dia akhirnya mencipta Aquiem, yang baru sahaja masuk pasaran awal tahun ini.