Aidil Aziz, 2 rakan didakwa edar dadah

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Mohd. Aidil Abdul Aziz, 28, Omar Sayeed Ghulam Mohammad, 36, dan R.Guevara Cortez, 33, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didapati mengedar dadah berbahaya iaitu disyaki jenis ganja anggaran seberat 465.61 gram.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di No 1 Jalan Ampang Ulu di sini pada pukul 12.40 tengahari, 24 September lalu.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Aftal Mariz Mohamed manakala Aidil diwakili peguam bela Amar Izzat.

Mahkamah menetapkan 7 Disember sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pelakon yang popular menerusi drama Lara Terindah itu sebelum ini ditahan bersama dua rakannya di sebuah kediaman di Jalan Ampang, di sini pada pukul 12.40 tengahari kerana disyaki memiliki dadah dan senjata berbahaya.

Ketika serbuan itu, polis merampas sejumlah pokok yang ditanam di dalam pasu dan dedaun kering dalam bekas kaca serta satu bekas pengisar mengandungi dedaun kering disyaki ganja, memetik laporan Kosmo Online.

Related Articles