Ahmad Razif sedia berlapang dada dengan bekas MB

Jelasnya, beliau sedia berbicang dan mengambil satu keputusan yang baik demi kepentingan rakyat dan juga pembangunan Terenganu.

Malah katanya, beliau menganggap dirinya tidak mempunyai sebarang isu yang perlu diperbesarkan dengan Adun Kijal itu.

“Saya tiada apa-apa isu dengan Adun Kijal. Jika betul dia bersedia berdamai, saya dengan hati yang lapang dan terbuka sentiasa menghulurkan tangan ke arah perdamaian.

“Segala syarat ditetapkan akan saya penuhi asalkan tidak merugikan kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di Kuala Terengganu hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan kesediaan Ahmad untuk berdamai, tetapi menetapkan beberapa syarat yang perlu dipenuhi Ahmad Razif.

Antara syarat ditetapkan Ahmad ialah melantik semula beberapa pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang ditamatkan kontrak.

Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri bersedia memenuhi syarat ditetapkan, asalkan ia tidak membeban dan menjejaskan kerajaan.

“Kita akan tengok semula punca pegawai terbabit ditamatkan kontrak. Jika disebabkan masalah integriti, kerajaan negeri tidak akan berkompromi, tetapi jika pegawai GLC terbabit ditamatkan atas sebab lain, kita akan pertimbangkan,” katanya. –BH Online

Related Articles