Dalam satu majlis yang turut dihadiri Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin, pengacara majlis tidak menyebut ‘Datuk Seri’, namun sekadar memanggail ‘Menteri Besar Terengganu’.
Ahmad Razif ketika ditemui media hanya mengucapkan ringkas ‘terima kasih’ dan menaiki kenderaan rasminya apabila meninggalkan Majlis Perasmian Persidangan Wakaf Senusantara 2016, di Hotel Primula, di sini, sebentar tadi.
Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Osman Muda juga turut enggan mengulas apabila ditanya mengenai viral perlucutan gelaran itu.
Difahamkan Sultan Terengganu belum mengeluarkan titah rasmi berhubung isu perlucutan itu dan ia hanya dikeluarkan secara lisan oleh baginda.
Ahmad Razif dianugerahkan pingat Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena sambutan ulang tahun ke-53 pada 24 April 2015.
Sementara itu, Watan-Online difahamkan perkara itu berpuca daripada salah faham yang akhirnya mengundang kemurkaan Sultan Terengganu.
Ia dikatakan berpunca salah faham antara kumpulan Yayasan Sultan Mizan dan Menteri Besar dan Menteri Besar berhubung jumlah bantuan kepada anak yatim.
Boleh dikatakan ada pihak yang cucuk Sultan apabila yayasan Tuanku memberi RM100 kepada pelajar miskin, manakala pada majlis sama Menteri Besar mengumumkan tambahan sebanyak RM500.
Oleh itu pihak terbabit ‘cucuk’ Sultan Terengganu yang kononnya Menteri Besar cuba menjatuhkan maruah Tuanku Sultan.