Ahli UMNO yang bertanding calon bebas akan dipecat – Ku Nan

by SM Amin

Kata Tengku Adnan, perlembagaan parti telah menetapkan mana-mana ahli yang berbuat demikian akan diambil tindakan tegas dipecat serta-merta kerana menentang UMNO.


“Jika benar dia (Syed Rosli) bertanding dia akan dipecat…Kita tunggu sahaja 5 Jun ini (tarikh penamaan calon),” kata Tengku Adnan ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan sumbangan Nur Ramadan kepada 52 surau sekitar Putrajaya serta Taklimat Bantuan Asnaf Putrajaya di sini malam Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Pemuda UMNO, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail yang mengumumkan di media sosial bahawa beliau akan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

Syed Rosli yang merupakan Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Taman Cempaka berkata, beliau kecewa dengan keputusan Barisan Nasional (BN) berhubung pemilihan calon.

BN menamakan Datin Mastura Mohd Yazid, balu Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, sebagai calonnya pada PRK itu.

PRK itu diadakan berikutan kematian Wan Mohammad Khair-il Anuar dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Related Articles