Ahli Majlis Penasihat Aman Palestin Maut Dibom Zionis

KUALA LUMPUR: Aman Palestin kehilangan seorang lagi anggota sukarelawan di Gaza selepas keretanya dibom oleh tentera Israel pada Khamis lalu.

Dalam kejadian tersebut, Ahli Majlis Penasihat Aman Palestin Nidal Sheikh Al-Eid yang juga Ketua Jawatankuasa Kecemasan di Rafah syahid bersama Timbalan Ketua Operasi Polis Gaza, Mahmoud Abu Hasna.

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut berkata, Nidal merupakan tenaga penggerak terhadap kerja kemanusiaan di Gaza.“Beliau sentiasa mengorbankan masa dan tenaga dalam membantu rakyat Palestin yang berada di dalam kesusahan.

Pemergian beliau merupakan kehilangan besar buat rakyat Palestin dan umat Islam secara keseluruhan.

“Aman Palestin mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan rejim pengganas Israel yang telah memperlakukan rakyat awam Gaza seperti binatang dan tidak berperikemanusiaan,” katanya dalam kenyataan.

Selain Nidal tiga kakitangan Aman Palestin telah syahid bersama keluarga mereka sejak bermulanya serangan rejim Israel ke atas Gaza pada 7 Oktober tahun lalu.

Related Articles