Agong tidak campur tangan PPBM – Najib

Perdana menteri berkata, beliau telah dimaklumkan oleh Yang di-Pertuan Agong, yang telah menerima menghadap Dr Mahathir yang juga pengerusi PPBM, di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah, minggu lepas.

“Dalam pertemuan itu, baginda mengambil maklum perkara yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir.

“Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong turut menjelaskan kepada Tun Dr Mahathir bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha yang dibuat oleh PPBM,” kata Najib dalam satu kenyataan pada Rabu.

Perdana menteri berkata, ini kerana deklarasi dibuat PPBM tidak mengikut perlembagaan dan sebarang tindakan sepatutnya diuruskan menurut amalan lazim iaitu melalui Parlimen dan sistem pilihan raya bagi rakyat membuat keputusan. – Bernama

Related Articles