Agong dimasyhurkan sebagai Canselor Kolej Universiti Widad

Turut berangkat pada istiadat pemasyhuran itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

Antara kenamaan yang turut hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Bisnes Widad, Muhammad Ikmal Opat Abdullah.

Kolej Universiti Widad yang terletak di Kuantan, Pahang dinaik taraf daripada Kolej Shahputra pada 2011.

Pada istiadat pemasyhuran itu, baginda bertitah bahawa universiti itu perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang pengajian yang boleh menarik perhatian penuntut antarabangsa.

Kolej Universiti Widad menggariskan tiga strategi utama dalam usaha transformasi universiti itu antaranya meningkatkan penyertaan pelajar antarabangsa dalam mencapai hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau. – Bernama

Related Articles