AG kemuka hukuman mati kepada penceroboh Lahad Datu

Menurut beliau, hukuman sebelum ini iaitu hukuman penjara dilihat tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan mereka.

Beliau berkata, notis rayuan berkenaan dikemukakan sehari selepas keputusan dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Stephen Chung Hian Guan pada prosiding di Penjara Pusat Kota Kinabalu, Sabah, 26 Julai lalu.

“Jika mengikut kepada peruntukan undang-undang (Seksyen 121 Kanun Keseksaan) mereka (tertuduh) boleh dihukum mati.

“Jadi kita merayu supaya dikenakan hukuman mati sekurang-kurangnya terhadap ketua-ketua mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Persidangan Pendakwaan 2016 di Kuantan hari ini.

Hadir sama Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad.

Pada 26 Julai lalu, sembilan tertuduh dalam kes pencerobohan Lahad Datu tersela­mat daripada tali gantung dan dijatuhi hukuman penjara sepanjang hayat kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Hian Guan menjatuhi hukuman terhadap warga Filipina Atik Hussin Abu Bakar, 45; Basad H. Manuel, 41; Ismail Yasin, 76; Virgilio Nemar Patulada Alias Mohammad Alam Patulada, 52; Salib Akhmad Emali, 63; Al Wazir Osman, 61; Tani Lahaddahi, 63; Julham Rashid, 69; dan Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 53.

Pertuduhan terhadap semua tertuduh mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.

Hian Guan turut menjatuhi hukuman penjara 18 tahun masing-masing terhadap Salib Akhmad, Al Wazir, Tani, Julham dan Datu Amir atas pertuduhan kedua menjadi anggota sebuah kumpul­an pengganas manakala Atik Hussin, Basad, Ismail dan Virgilio yang mengaku bersalah atas pertuduhan sama, masing-masing dijatuhi hukum­an penjara 13 tahun.

Turut disabitkan kesalahan menganggotai kumpulan pengganas ialah Timhar Hadil, 39, dan rakyat tempatan Abd. Hadi Mawan, 52, masing-masing di­jatuhi hukuman penjara 15 tahun dari tarikh mereka ditangkap.

Related Articles