Sehubungan itu, Jabatan Peguam Negara mengembalikan kertas siasatan kes penjualan banglo Ketua Menteri Pulau Pinang itu di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang kepada SPRM untuk dilengkapkan. membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang,
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, dalam satu kenyataan hari ini, berkata selepas meneliti keseluruhan kertas siasatan yang dikemukakan pada 26 Mei lalu, terdapat beberapa tindakan yang perlu disiasat lanjut bagi melengkapkannya.
Bagi tujuan itu jabatannyab mengembalikan kertas siasatan berkenaan untuk membolehkan pihak SPRM melaksanakan siasatan lanjut bagi melengkapkannya.
“Jabatan ini juga mengarahkan supaya kertas siasatan terbabit dikembalikan dalam masa terdekat,” katanya.
Sebelum ini, SPRM melakukan siasatan terhadap Guan Eng berhubung pembelian banglo di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang pada harga lebih murah berbanding pasaran, yang dikaitkan dengan skandal penjualan tanah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Manggis, juga di Pulau Pinang.