19
Dia sebelum ini disoal siasat selama lima jam pada Khamis selepas pegawai SPRM mengambil beberapa dokumen dari dua pangsapuri di Sungai Pinang dan Paya Terubong.
Dalam pada itu, Siew Khim tiba di pejabat SPRM untuk disoal siasat pada Jumaat.
Siew Khim tiba pada pukul 10 pagi ditemani Adun Seri Delima, R.S.N Rayer dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ram Karpal.
Keat Seong didakwa memperolehi wang sebagai balasan kerana mendapatkan unit rumah mampu milik untuk pembeli, lapor mStar Online.
Namun Siew Khim, wakil DAP menafikan mengetahui aktiviti yang didakwa dilakukan bapanya itu.