Adik Ahmad Zahid meninggal dunia

Pegawai Khas kepada timbalan perdana menteri, Datuk Khairuddin Tarmizi yang mengesahkan perkara itu berkata Ahmad Dzulfikri menghembuskan nafas terakhir di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

“Ketika Datuk Seri Ahmad Zahid menelefon saya memaklumkan mengenai perkara
ini tadi, saya tidak sempat bertanyakan sakit apa,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Memetik akaun Facebook milik Ahmad Zahid, beliau berkata jenazah adiknya yang berusia 45 tahun itu akan dikebumikan di Sungai Nipah Darat, Bagan Datuk selepas solat Jumaat.

“Adik saya Ahmad Dzulfikri Hamidi telah meninggal dunia jam 11.30 malam di Hospital Angkatan Tentera Sultan Mizan, Wangsa Maju, KL.

“Jenazah akan dikebumikan di Sungai Nipah Darat, Bagan Datuk selepas solat Jumaat. Allahyarham berumur 45 tahun,” katanya.–Bernama

Related Articles