Kejadian yang dialami oleh Anne Manuel ini amat terkesan baginya kerana beliau tidak pernah mengetahui wujudnya etika pemakaian yang dimaksudkan. MAHB juga tidak pernah mengeluarkan atau berkongsi sebarang pekeliling mengenai etika pemakaian oleh kakitangan penerbangan di lapangan terbang.
Pengalaman yang dialami oleh Anne Manuel ini telah dikongsikan olehnya menerusi laman facebooknya. Beliau turut menyatakan bahawa seorang lelaki yang juga kakitangan MAHB yang berada di tempat kejadian juga agak terkejut dengan apa yang berlaku dan tidak mengetahui mengenai apa yang dikatakan sebagai “etika pemakaian” memasuki terminal.
Persoalannya, wujudkah etika pemakaian yang dimaksudkan oleh kakitangan MAHB tersebut?
Adakah etika pemakaian yang dimaksudkan telah dikongsikan oleh MAHB kepada AirAsia X bagi rujukan kakitangannya?
Adakah wajar untuk menghalang kakitangan AirAsia X tersebut dari melaksanakan tugasnya diatas maklumat yang tidak pernah diketahui olehnya.