Adakah Khalid Samad tidak percaya ilmu Mufti Pahang, soal ASWAJA

by SM Amin

Presidennya, Dr Zamihan Mat Zin, berkata apakah Khalid faham Islam dan al-Quran dalam erti kata sebenarnya apabila secara biadab menyelar kenyataan Mufti.

“Apakah mekanisme penilaian Khalid dalam isu kafir harbi sebenarnya? Adakah beliau tidak mempercayai keilmuan, autoriti dan kredibiliti Mufti Pahang dalam menafsirkan istilah ini? Atau beliau lebih suka bertuhankan kebebasan akal, relevansi semasa dan faktor geopolitik semata-mata, sehingga beliau dengan mudah menyokong puak liberal dan entiti parti bukan Islam dalam kes ini.

“Dalam al-Quran terdapat lebih 132 kali disebut tentang istilah kafir. Daripada jumlah berkenaan, istilah harbi pula enam kali disebut secara tegas dan serius. Manakala as-Sunnah pula mengungkapkan kalimah kafir lebih 246 kali.

“Ternyata penggunaan istilah berkenaan masih diguna pakai hingga ke hari ini oleh ulama dlm kitab-kitab feqah. Hal ni jelas membuktikan bahawa istilah al-Quran ini tetap relevan hingga ke hari kiamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelmarin Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN) terus mengkritik dan mempertikai istilah kafir harbi digunakan Mufti Pahang itu sebelum ini.

Malah, beliau menyokong mana-mana pihak yang berterusan mengkritik Mufti Pahang terbabit terhadap isu berkenaan.

Sementara itu, Zamihan berkata jika Ahli Parlimen Shah Alam itu beranggapan bahawa kafir harbi sudah tidak relevan lagi bererti beliau menjustifikasi penolakan terhadap qatie dilalah.

“Penolakan terhadap penyataan nas yg jelas menerusi al-Quran dan al- Sunnah boleh menyebabkan Khalid tergelincir dari kebenaran dan terjatuh ke lembah penyelewengan. Nauzubillah.

“Perlu diingatkan kepada semua umat Islam bahawa istilah asal kafir harbi yang ‘diperangi’ itu merujuk kpd golongan yang menghina, menentang dan memusuhi Islam dgn bersenjata.

“Maka ia menjadi tanggungjawab pemerintah Islam melalui agensi keselamatan untuk bertindak mematahkan serangan bersenjata mereka. Inilah tafsiran dlm konteks jenayah bersenjata yang dilakukan bukan Islam terhadap kerajaan Islam sebagaimana disepakati ulama dan hanya pemerintah Islam saja yang boleh mengisytiharkan ketentuan sedemikian.

“Adapun jika golongan bukan Islam melancarkan serangan provokasi terhadap umat Islam, memperlekeh dan cuba mempertikaikan keistimewaan umat ini maka golongan ini jelas bersifat ‘harb’i secara fikri. Dalam konteks semasa, golongan ini haram untuk disokong dan didokong,” katanya.

Related Articles