Abang Johari angkat sumpah Ketua Menteri Sarawak

Abang Johari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok berusia 65 tahun adalah anak kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak pertama, Tun Abang Openg.

Abang Johari turut memegang jawatan sebagai Menteri Perumahan dan Urbanisasi dan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak.

Beliau ada juga Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Abang Johari menggantikan Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia 1.24 tengah hari Rabu kerana komplikasi jantung. – BH Online

Related Articles