7 jam tanggung sakit cincin tersekat pada kemaluan

Ketua Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah menerima panggilan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira pukul 8.56 malam Jumaat.

Menurutnya, turut membantu dalam operasi mengeluarkan cincin dari kemaluan lelaki berusia 30-an itu itu sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh.

“Pihak kami mengambil masa beberapa jam untuk memotong cincin logam berkenaan memandangkan ia terlalu tebal untuk dipotong.

“Namun begitu kita berjaya mengeluarkan cincin itu kira-kira pukul 2 pagi tadi,” katanya di ibu negara pada Sabtu, memetik Utusan Online.

 

Related Articles