68 pasport rakyat Malaysia terbabit IS dibatalkan

Ahmad Zahid, berkata pembatalan itu dilakukan sejak dua minggu lalu dan kini mereka yang terbabit sudah tidak lagi mempunyai dokumen perjalanan sebagai warganegara Malaysia.

“Malah, apabila mereka balik ke negara ini, tindakan perundangan mengikut Akta Imigresen akan dilakukan kepada mereka. “68 pasport (itu) yang dimiliki rakyat Malaysia yang namanya berada di negara berkenaan sudah dibatalkan.

“Ia dibatalkan dua minggu lalu selepas Perdana Malaysia (Datuk Seri Najib Razak) mengeluarkan arahan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Selangor, pada Ahad. – Berita Harian

Related Articles