6,734 murid di Kelantan gagal ke sekolah, 25 sekolah ditutup

Jabatan Pendidikan negeri dalam satu kenyataan berkata, jumlah tersebut membabitkan 25 sekolah yang tidak beroperasi iaitu itu Kuala Krai, Tanah Merah, Tumpat dan Pasir Mas.

Menurut kenyataan itu, daripada jumlah tersebut, lima membabitkan sekolah menengah.

“Laluan ke sekolah di kawasan tersebut ditenggelami air dan didapati berbahaya kepada keselamatan guru serta murid,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, sebanyak 12 sekolah di Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara bagi menempatkan 476 mangsa.

Related Articles