434 PATI ditahan dalam Ops Nyah

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata semua yang ditahan membabitkan warga Bangladesh, Myanmar, Indonesia, Filipina, Pakistan, Nepal, China, Yaman, Nigeria, Vietnam, Mesir, Namibia, Thailand dan India.

“Polis turut menahan seorang pemilik restoran rakyat tempatan kerana menggaji pendatang tanpa izin di premisnya dalam operasi bermula jam 8.30 malam tadi sehingga jam 9 pagi tadi.

“Seorang lelaki Bangladesh turut cedera selepas melompat dari tingkat lima ke tingkat tiga ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan,” katanya. – Berita Harian

Related Articles