41,000 daftar Simpanan Syariah hari pertama

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, proses pendaftaran itu bagaimanapun diteruskan sehingga peruntukan dana RM100 bilion habis.

Katanya, Lembah Klang mencatatkan pendaftaran paling tinggi dengan peruntukan masa pendaftaran 10 sehingga 30 minit berbanding satu hingga tiga minit di negeri-negeri lain.

“Ahli-ahli juga perlu melihat berita semasa KWSP yang dikemas kini di laman Facebook dan Twitter dari semasa ke semasa,” katanya dalam sidang akhbar di ibu Pejabat KWSP Jalan Raja Laut pada Selasa.

Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani dan Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman.

Terdahulu, Johari turut sama beratur di kaunter KWSP untuk menukar caruman kepada Simpanan Syariah. – Utusan Online

Related Articles