20
Mereka didakwa mengambil sikap tidak bertanggungjawab dengan tanggapan bahawa apakah undi seorang boleh mengubah kerajaan semasa.
Mereka yang masih belum mendaftarkan diri sebagai pengundi dinasihati supaya berbuat demikian sebelum 30 September ini menerusi laman web www.spr.gov.my.
Komuniti India di Malaysia merupakan etnik yang mempunyai bilangan parti politik yang banyak dan krisis politik lebih kerap.
Mereka berjumlah lebih 400,000 tetapi malangnya mereka masih belum mendaftarkan diri sebagai pengundi sah dan sangat mengecewakan.
Sikap sambil lewa pemuda India ini dikatakan akan memberi cabaran terhadap masa depan masyarakat India di negara ini jika tidak ditangani segera. – Malaysia Nanban