Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, operasi dijalankan Bahagian Perjudian/Maksiat dan Gangsterisme (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur itu turut menahan 95 wanita dipercayai pelayan pelanggan (GRO), pekerja premis (16), pekerja asing (5), tukang urut (2) dan seorang pondan.
Beliau berkata, 24 serbuan telah dilakukan dan seramai 409 individu diperiksa dalam operasi yang bermula 11 malam tadi sehingga 4 pagi ini.
“Sasaran operasi melibatkan pusat pelacuran, rumah urut, pusat hiburan dan tempat-tempat yang dijadikan sarang maksiat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Kesemua ditahan terdiri daripada 19 rakyat tempatan, 89 warga Vietnam, Thailand (29), Bangladesh (7), Kemboja (6), China (5), Uzbekistan (2) dan Filipina (1).
Amar Singh berkata, 24 kertas siasatan telah dibuka dan siasatan dijalankan antaranya mengikut Seksyen 4(1)(b)Akta Hiburan Wilayah Persekutuan (AHWP), Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 55B Akta Imigresen, Peraturan 11 (7) Imigresen dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan.
Operasi seumpama itu akan dijalankan secara berterusan oleh polis Kuala Lumpur dalam membendung gejala maksiat dan pelacuran serta memastikan bandar raya ini dalam keadaan aman dan tenteram, katanya. – Bernama