351 ‘Along’ ditangkap KDN pada 2015, kata Nur Jazlan

Nur Jazlan berkata, jumlah itu mengalami peningkatan yang tinggi berbanding 2014, apabila hanya seramai 98 Along yang ditangkap dengan 90 daripadanya di bawa ke mahkamah.

Ahli Parlimen Pulai itu berkata, kesemua tertuduh juga dikenakan hukuman untuk membayar denda di antara RM250 ribu sehingga RM1 juta.

“Kita telah mengambil beberapa pendekatan bagi membendung perkara ini di bawah undang-undang 5 (2) Akta Beri Pinjam Wang 1991, kita juga mengambil langkah keselamatan dengan menurunkan semua poster-poster Along, kita juga mengadakan wawancara dengan media massa dan memberi kesedaran ancaman bahayanya Along.

“Kita juga akan sebarkan brochur untuk memberi maklumat tentang pemberi pinjam wang berlesen dan wang secara haram, contohnya yang berlesen kita ada TEKUN, Amanah Ikhtiar Malaysia dan banyak lagi,” katanya bagi menjawab pertanyaan lisan ahli Parlimen DAP Batu Gajah, V.Sivakumar di Dewan Rakyat,Parlimen, pada Selasa.

Sivakumar sebelum itu meminta kementerian menjelaskan apa langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk membanteras isu Along yang semakin berleluasa serta jumlah penangkapan dan tuduhan yang telah dibuat terhadap kegiatan tersebut.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Azeez Abdul Rahim turut bangun mencelah berkongsi pendapat tentang bahayanya Along kerana terdapat kes di bawah kendaliannya peminjam terpaksa membayar sebanyak RM36 ribu sedagkan pinjaman yang dibuat hanayalah RM2,000.

Sehubungan itu beliau menggesa KDN supaya merangka pelan jangka masa panjang bagi membendung gejala ini daripada berleluasa.

Malah beliau mahu KDN bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Kewangan dalam menyelaraskan operasi membanteras kegiatan ‘Along’. 

Related Articles