33 pendaki dikhuatiri sesat

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kumpulan pendaki tersebut yang memulakan pendakian pada Sabtu lalu sepatutnya kembali semalam, namun mereka tidak muncul.

Katanya, laporan telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Bau bahawa pendaki terlibat gagal pulang pada masa yang dijangkakan iaitu pada pukul 8.30 pagi dan bomba seterusnya dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Seramai tiga anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian untuk mengatur gerak kerja operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Operasi akan disertai pasukan Multi Skill Team (MUST) dan Pasukan Khas Operasi Taktikal dan Menyelamat (Storm) yang akan bergerak ke lokasi pada tengah hari ini,” katanya memetik laporan Utusan Online.

Tambahnya, perjalanan mengambil masa enam jam dari Kampung Trigus untuk ke Gunung Brik.

Related Articles