31 Syarikat Diserbu, 49 Kertas Siasatan Dibuka Menerusi Ops Gegar

by Anis

KUALA LUMPUR: Sebanyak 49 kertas siasatan dibuka menerusi Ops Gegar membabitkan pelanggaran akta di bawah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

Salah satunya melibatkan kesalahan sebuah syarikat pembuatan di Kawasan Industri Tuanku Jaafar, Senawang Negeri Sembilan yang didapati menempatkan pekerja di penginapan yang tidak kondusif dan tanpa Perakuan Penginapan .

JTKSM berkata, syarikat tersebut dikenal pasti menerusi Ops Gegar yang dijalankan pada hari ini.“Ini jelas menunjukkan majikan melakukan pelanggaran terhadap Akta 446,” katanya menerusi kenyataan.

Malah katanya, terdapat kesalahan lain melibatkan dokumen penggajian yang dikesan dilakukan oleh syarikat tersebut.

“Manakala bagi kesalahan-kesalahan di bawah perundangan jabatan dan agensi yang yang turut serta, tindakan diambil mengikut lunas perundangan yang merekakuatkuasakan,” tambahnya.

Terdahuku katanya, syarikat tersebut menggaji seramai 240 pekerja yang 80 daripadanya merupakan warga tempatan.Selebihnya iaitu 180 merupakan pekerja asing.

Sebagai rekod, Ops Gegar yang dimulakan sejak semalam sehingga telah menyerbu 31 buah syarikat pelbagai sektor di seluruh Semenanjung dan Labuan.Secara keseluruhan 1,235 pekerja tempatan dan 2,656 pekerja asing diperiksa.

“Kesemua majikan ini adalah daripada pelbagai sektor iaitu pembuatan, perladangan dan pembinaan,” katanya lagi.

Ops tersebut memfokuskan pematuhan para majikan terhadap perundangan perburuhan negara yang melibatkan Akta Kerja 1955 [Akta 265], Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446] dan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 iaitu Perintah Gaji Minimum.- MalaysiaGazette

Related Articles