Beliau berkata projek perintis itu akan melibatkan 300 orang etnik Rohignya yang memiliki kad UNCHR akan bekerja di negara ini.
“Mereka akan dibenarkan bekerja di negara ini secara berperingkat dengan syarat memiliki UNCHR dan melepasi tapisan keselamatan dan saringan kesihatan untuk bekerja.
“Sebelum mereka ditempatkan untuk bekerja di negara dunia kelapan (G-8) mereka akan ditempatkan di sektor pertanian dan perladangan serta perindustrian untuk meningkatkan kemahiran mereka,” katanya.
Keputusan kerajaan membenarkan warga Rohingya bekerja akan mengelak kejadian penculikan dan pemerdagangan manusia dapat dicegah secara total.
Katanya selama ini warga Rohingya dikerah secara burubh paksa dan tidak diiktiraf oleh kerana tidak memiliki sebarang dokumen kerakyatan di Myanmar.
Sehingga 31 Disember 2016, sebanyak 149,474 orang dari 62 negara berada di Malaysia dengan memiliki kad UNCHR.
Daripada angka ini, sebanyak 89 peratus atau 133,517 orang merupakan warga Myanmar dan 55,565 daripadanya etnik Rohingya. – Tamil Nesan