300 mangsa banjir di Pantai Remis, Klang, Tanjong Karang dan Sabak Bernam ditempatkan

Pusat pemindahan tersebut ialah Dewan Kampung Tok Muda, Klang; Balairaya Lorong Hamzah 2, Tanjong Karang dan Dewan Orang Ramai Sungai Air Tawar, Sabak Bernam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, sebanyak 224 mangsa daripada 52 keluarga ditempatkan di ketiga-tiga pusat berkenaan.

Sementara itu, sebanyak 76 penduduk Kampung Bagan Pancor di Pantai Remis dipindahkan ke pusat pemindahan setelah kediaman mereka dinaiki air ekoran fenomena air pasang besar pada Selasa.

Jurucakap bomba negeri berkata, mangsa terdiri daripada 39 lelaki dan 37 wanita dari 15 buah keluarga.

“Setakat ini satu pusat pemindahan telah dibuka di Dewan Orang Ramai Kampung Pancor setelah kawasan itu dinaiki air sedalam 1.2 meter pagi ini,” katanya, memetik Utusan Online.

Terdahulu, Jabatan Pengairan dan Saliran menyatakan air pasang besar dijangka berlaku selama empat hari sehingga Rabu ini pada paras lebih lima meter.

Related Articles