30 penduduk PPR Kepong terima notis kunci unit

Ketua Biro Aduan Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Wilson Lau Hoi Keong berkata, notis kunci rumah itu diterima penduduk selepas operasi yang dijalankan DBKL di PPR itu untuk membanteras penghuni tidak sah dan unit yang dijadikan sarang penagih dadah pada 26 Julai lalu.

Bagaimanapun, kesemua penduduk yang menerima notis memberitahu, mereka merupakan penghuni yang sah unit-unit itu.

“DBKL memberi notis yang mengatakan 30 penduduk PPR ini merupakan penghuni yang tidak sah kerana mereka tiada di rumah semasa operasi berkenaan.

“Namun, semua penduduk mengatakan mereka merupakan penghuni yang sah tetapi kerap tiada di rumah kerana bekerja,” katanya kepada pemberita.

Justeru, katanya satu perjumpaan akan diadakan bersama Pengarah Jabatan Perumahan DBKL untuk perbincangan lanjut. – Kosmo Online

Related Articles