3 tuntutan PAS kepada Sarawak Report

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata surat mengandungi tiga tuntutan rasmi parti itu diserahkan kepada Rewcastle-Brown yang beralamat di London.

Beliau berkata, notis tuntutan `Letter of Claim Pursuant to the Pre-Action Protocol for Defamation’ itu berkuat kuasa tujuh hari dari tarikh surat itu dikemukakan.

“Tiga tuntutan itu adalah meminta Sarawak Report membuang artikel itu daripada laman web mereka, mahu Sarawak Report menyiarkan permohonan maaf atau penarikan segala tuduhan mengikut terma yang akan dipersetujui oleh PAS dan menuntut Sarawak Report memberi akujanji tidak akan menyiarkan dakwaan palsu pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Beliau berkata, PAS dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bertindak selaku plaintif dalam tuntutan. Sebelum ini, Sarawak Report mendakwa PAS menerima dana RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Presiden UMNO, sekali gus mengundang kemarahan ahli parti itu yang turut membuat beberapa laporan polis, memetik BH Online.

Related Articles