15
Ketiga-tiga suspek itu ditahan menerusi operasi Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) hasil maklumat awam dan risikan.
Dalam serbuan itu, polis merampas dua kilogram syabu dipercayai diseludup dari Mumbai, India.
Kejayaan itu diumumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitter dan Facebook rasminya tadi.
“Syabas STING@PDRMsia tahan tiga orang (dua warga Nigeria) di Selangor dan Kuala Lumpur serta rampas lebih dua kilogram syabu yang diseludup dari Mumbai. #GoPDRMGo,” katanya.