3 individu dibebaskan semalam direman semula

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman mengeluarkan perintah reman di Mahkamah Majistret di Putrajaya pada jam 10 pagi.

Menurut jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, mereka yang direman termasuk bekas pengarah perolehan bank dan dua pemilik syarikat penerbitan.

“Ketiga-tiga mereka ditahan kira-kira jam 4 petang semalam di ibu pejabat SPRM di sini.

“Mereka ditahan mengikut Seksyen 4 (1), Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001,” katanya.

Semalam, tiga individu berkenaan dan pengarah urusan bank bergelar Datuk dibebaskan daripada tahanan reman selepas siasatan ke atas mereka selesai.

Related Articles