Jumlah ini termasuk 643 pembayar cukai dengan tunggakan RM 11 juta yang dikenakan tindakan itu dari Januari hingga Oktober tahun ini.
Pengarah Jabatan Pematuhan Cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Abdul Manap Dim berkata, tindakan yang tidak digemari ramai itu diambil ke atas semua pihak tanpa mengira status.
“Tindakan kita meliputi semua peringkat termasuk artis-artis yang hendak ke luar negara walaupun kerana hendak menyambut hari jadi.
“Ini adalah sebahagian inisiatif kita untuk memastikan pembayar cukai yang masih mempunyai tunggakan menunaikan tanggungjawab mereka.
“Kita ingin memastikan pematuhan daripada serendah-rendahnya tunggakan hingga jumlah yang besar,” katanya pada pelancaran OPS Mesra Hasil di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan di Kota Bharu pada Ahad.
Program kerjasama julung kali antara Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan LHDN Kelantan itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perkastaman dan GST) Kastam, Datuk Zulkifli Yahya, memetik Utusan Online.