26 kawasan catat IPU sederhana

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, kawasan yang mencatatkan tahap IPU sederhana adalah Seremban dengan bacaan paling tinggi iaitu 73, Port Dickson (72), Bandaraya Melaka (70), Nilai (69) dan Bukit Rambai (66).

Selain itu, Shah Alam juga turut mencatatkan bacaan IPU sederhana pada bacaan 61, manakala Pelaburan Klang dan Banting pula masing-masing mencatatkan bacaan IPU 63.

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Untuk IPU semasa, orang ramai boleh melayari laman web apims.doe.gov.my.

Related Articles