25 ditahan kes kematian lima warga Myanmar

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata mereka yang berusia antara 20 hingga 50 tahun itu ditahan secara berperingkat sejak kejadian itu.

Menurut Fadzil, mereka yang ditahan adalah warga Myanmar dan orang tempatan yang merupakan pekerja di kawasan perindustrian itu.

“Kes masih dalam siasatan dan kami percaya dapat selesaikan kes ini dalam masa terdekat. Tiada rampasan senjata setakat ini dan motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Pelupusan Mesin Komputer Perjudian di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, hari ini.

Beliau berkata dua mangsa yang cedera dalam kejadian itu berada dalam keadaan stabil.

Pada 6 Jan lepas, lima warga Myanmar maut manakala dua lagi rakan
mereka cedera parah dalam pergaduhan menggunakan parang di kawasan perindustrian berkenaan.

Terdahulu, pada majlis itu, polis Selangor melupuskan sebanyak 1,312 mesin komputer perjudian bernilai RM140,000 yang dirampas tahun lepas. -Bernama

Related Articles