24 sekolah ditutup di Terengganu esok

Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin, penutupan itu membabitkan 10 sekolah di Setiu diikuti 12 di Hulu Terengganu dan masing-masing satu di Besut serta Kemaman.

Katanya, bagi daerah Setiu, sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau Menyusut, SK Kampung Fikri, Sk Pelong, SK Sungai Las, SK Kampung Besut, SK Kampung Bukit Ulu Nerus, SK Payong Baru, SK Kampung Buloh, SK Chalok dan SK Langkap.

Menurutnya, bagi daerah Hulu Terengganu pula adalah SK Felda Mengkawang, SK Padang Setebu, SK Kuala Jenderis, SK Lubok Periuk, SK Bukit Tadok, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Jenderis, SK Getang, SK Menerong, SMK Menerong, SK Cheting, SK Padang Setar dan SMK Tun Indera.

“Di Besut membabitkan SK Pasir Akar dan SK Padang Kubu (Kemaman).

“Sekiranya ada perubahan akan dimaklumkan esok. Kebanyakan sekolah tersebut beroperasi pada hari ini tetapi guru dan pelajar dibenarkan pulang awal bagi menjaga keselamatan mereka berikutan cuaca yang semakin teruk,” katanya memetik laporan Utusan Malaysia.

Related Articles