24 individu dipanggil terlibat kes ikan sturgeon

Pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Simi Abd Ghani berkata, kesemua saksi ini dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan.

Ketika ditanya sama ada akan memanggil lagi saksi-saksi lain, beliau tidak menafikannya.

“Ya…kita dalam proses siasatan lagi dan kita tidak menolak kemungkinan akan memanggil beberapa individu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.‎

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan SPRM tidak menolak kemungkinan bahawa siasatan akan turut dijalankan terhadap beberapa individu berprofil tinggi.

Terdahulu, mahkamah membenarkan permohonan reman selama tujuh hari bermula Rabu lalu ke atas lima individu termasuk dua bekas pegawai kanan Felda yang ditahan di sekitar Lembah Klang bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Mereka yang ditahan terdiri daripada bekas pegawai kanan bergelar datuk, bekas pegawai (yang menyandang jawatan tinggi), pegawai bertugas di luar negara, pegawai yang terbabit projek penternakan ikan itu dan seorang lagi penolong pegawai tadbir.

Related Articles