19
“Kebanyakan stesen lain menerima pembayaran tunai,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan berhubung masalah teknikal yang dihadapinya membabitkan urus niaga kad kredit di stesen minyak Shell di seluruh negara, sejak 1 pagi.
Shell yang memohon maaf kepada pelanggannya yang tidak dapat mengisi tangki minyak mereka akibat daripada masalah itu berkata ia sedang berusaha keras untuk menyelesaikan masalah tersebut.
“Kami sedang bekerjasama dengan vendor IT kami untuk mengenal pasti punca dan tahap masalah itu,” kata Shell. – Bernama