23 rakyat Filipina dipenjara miliki kad pengenalan palsu

Majistret Nur Shaqira Ibrahim memerintah hukuman penjara terhadap kesemua tertuduh yang merupakan pekerja kontrak dan pekerja kilang bermula dari tarikh mereka ditangkap pada 14 Oktober lalu.

Nur Shaqira turut memerintahkan kesemua tertuduh yang berusia antara 23 hingga 47 tahun dipenjara 12 bulan lagi jika gagal membayar denda tersebut.

Selain itu, beliau turut memerintahkan kesemua mereka yang telah tinggal di negara ini antara sebulan hingga 10 tahun dirujuk kepada Jabatan Imigresen sebaik sahaja hukuman selesai bagi tujuan pengusiran.

Kesemua tertuduh yang masing-masing berasal dari Zamboanga, Basilan, Solo, Davao, Jolo dan Sulu ditahan pasukan penguat kuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam Ops ID JPN di sekitar Manjung antara pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi pada 14 Oktober lalu. –Utusan Online

Related Articles