21
Ketua operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban N. Sundradarum berkata sebuah jentera dan lima anggota digegaskan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada 11.13 pagi Isnin.
“Pemeriksaan mendapati termometer yang dipasang di dinding pejabat terjatuh dan pecah, menyebabkan merkuri di dalamnya tumpah. Kami mengungsikan pejabat sebelum meminta bantuan Hazmat untuk kerja-kerja pembersihan,” katanya ketika dihubungi Bernama
Beliau juga berkata keadaan didapati tidak berbahaya kerana kuantiti merkuri yang tumpah adalah sedikit dan semua petugas dibenarkan kembali ke pejabat selepas kerja-kerja pembersihan selesai.