2 termasuk polis didakwa sokong pengganas

Kedua-dua mereka iaitu Lans Koperal Mustaza Abdul Rahman, 29 dan Mohd. Azim Luqman Muhammad Naim, 22, hadir pada prosiding sebutan di hadapan Majistret Mohd. Hadi Hakimi Harun.

Prosiding itu sepatutnya untuk mendapatkan keizinan bagi memindahkan kedua-dua kes ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, namun ia terpaksa ditangguhkan pada 25 September depan.

Ia berikutan Timbalan Pendakwa Raya, Geetha Jora Singh tidak hadir pada prosiding itu dan hanya diwakili Pegawai Pendakwa, Sharulniza Serat, lapor Kosmo Online.

Kedua-dua tertuduh dituduh di mahkamah sama pada 24 Julai lalu dan tiada pengakuan direkodkan.

Mustaza yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda sebagai mekanik berhadapan dengan dua tuduhan yang mana pertuduhan pertama, dia didakwa memberi sokongan kepada berlakunya perbuatan pengganas melibatkan penggunaan bahan letupan.

 

Related Articles