2 maut, 4 parah nahas kereta, treler

Kemalangan berkenaan turut membabitkan sebuah lagi treler, sebuah lori dan dua kereta, kata Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa.

Jelasnya, dua mangsa terbabit meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat lagi mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk rawatan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah treler dari arah Yong Peng merempuh kereta dinaiki enam sekeluarga sehingga terperosok di bawah treler dan diseret sejauh kira-kira 10 meter.

“Dua penumpang kereta tersepit dan maut di lokasi kejadian, manakala empat lagi mangsa cedera parah,” katanya.

Related Articles