2 kenderaan tenggelam di Jeti Kuala Tahan

Ketua Polis Daerah, Superintendan Azid Ismail ketika dihubungi bagaimanapun menegaskan paras air Sungai Pahang masih berada di bawah paras normal.

Jelasnya, kejadian berlaku berikutan pemandu meletakkan kenderaan terbabit di kawasan parkir yang rendah dan kawasan terbabit selalu dinaiki air berdasarkan keadaan cuaca kini.

“Sehingga kini pihak kami masih belum menerima sebarang aduan dari pemilik kedua-dua kenderaan berkenaan,” katanya.

Van milik sebuah syarikat pelancongan itu dikatakan diletakkan di kawasan berkenaan kerana rosak manakala kereta terbabit dipercayai kereta yang disewa oleh pelancong asing, memetik Kosmo Online.

Related Articles