1MDB terus jadi serangan politik – Salleh Keruak

by SM Amin

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata terlalu banyak tuduhan seperti kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya RM42 bilion lesap, yang kemudian dibuktikan tidak benar.

“Dalam hal ini, pengesahan itu dibuat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dwipartisan. Ini bermakna mana-mana dakwaan berhubung 1MDB perlu ditangani dengan berhati-hati mengikut proses undang-undang dan mematuhi prinsip tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.

“Tiada siapa yang patut terburu-buru menghakimi sebelum tuduhan terbukti di mahkamah. Derma kepada perdana menteri adalah suatu perkara berasingan.

“Selepas siasatan menyeluruh oleh banyak pihak berkuasa, telah disahkan bahawa dana itu adalah derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi seperti dinyatakan oleh menteri luar Arab Saudi pada 14 April,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berhubung saman sivil yang diambil terhadap 1MDB.

Related Articles