1MDB sengaja dipolitikkan demi kepentingan pihak tertentu – Najib

Katanya, mereka yang telah menyalurkan kepada pihak berkuasa asing maklumat yang adakalanya salah atau tidak lengkap.

“Mereka yang berada di luar Malaysia adakalanya tidak mudah untuk menerima kompleksiti ini, tetapi mereka harus diingatkan supaya tidak terjebak dalam perkara ini yang kini merupakan isu politik dalam negara,” kata Najib dalam temubual bertulis dengan Nikkei Asian Review sempena lawatan rasmi tiga hari beliau ke Jepun mulai Selasa.

Lawatan itu adalah atas jemputan rakan sejawatnya, Shinzo Abe.

Najib berkata, pihak berkuasa Malaysia yang sebenarnya telah memulakan penyiasatan dalam isu 1MDB dan beliau sendiri yang terlebih dahulu mengarahkan pelbagai pihak berkuasa dalam Malaysia untuk menjalankan siasatan. – Bernama

Related Articles