1MDB: Pembangkang gelojoh, selar Azalina

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua jelas menjatuhkan hukuman awal terhadap Najib.

“Peguam Negara Amerika Syarikat sendiri tidak menamakan perdana menteri sebagai defendan dalam saman tersebut.

“Sebagai Ahli Parlimen yang juga ahli dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), beliau sepatutnya lebih faham dan tidak membuat kenyataan yang mengelirukan. Ingin ditegaskan bahawa tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat itu bukan melibatkan kes jenayah dan hanya kes sivil melibatkan syarikat,” katanya melalui satu kenyataan pada Khamis.

Dalam masa yang sama, Azalina turut mempertikaikan desakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menggesa Najib untuk bercuti dari kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

“Tindakan ini menunjukkan sikap sebenar pembangkang yang ‘double standard’.

“Mereka membisu apabila Setiausaha Agung DAP (Lim Guan Eng) dihadapkan ke mahkamah. Inilah politik tanpa prinsip yang diamalkan pembangkang,” tambah Ahli Parlimen Pengerang itu lagi.

Semalam, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (Department of Justice – DOJ) telah mengadakan satu sidang akhbar bagi membentangkan satu kes untuk merampas aset-aset yang didakwa dibeli menggunakan dana daripada 1MDB.

Turut dinyatakan bahawa dana ini telah dicuri oleh beberapa individu bagi membeli aset, barangan mewah dan juga bagi membiayai pembikinan sebuah filem.

Ia juga menamakan salah seorang penerima dana tersebut sebagai “Malaysian Official 1”. Namun, Peguam Negara AS Loretta Lynch tidak mendedahkan siapakah individu yang dirujuk dengan “Malaysian Official 1”

Related Articles