1MDB nafi dihubungi pihak berkuasa asing

Sebelum ini dilaporkan pengawal selia kewangan Switzerland telah bersetuju kepada pengambilalihan dan pembubaran BSI Bank Ltd, yang terbabit dalam siasatan syarikat pelaburan strategik kerajaan, 1MDB

Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) pada hari yang sama juga telah mengarahkan bank swasta itu menutup operasinya di negara berkenaan.

Dalam satu kenyataan, 1MDB berkata, ia menyedari kenyataan media yang dikeluarkan pihak berkuasa di Switzerland dan Singapura hari ini.

“1MDB kekal komited untuk bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak berkuasa dan sejajar dengan protokol antarabangsa yang mengurus tadbir perkara tersebut.

“1MDB mengesahkan pemilikannya dalam pelbagai dana pelaburan tidak terjejas oleh pengumuman terbabit hari ini,” tambah syarikat berkenaan. – Bernama

Related Articles