1MDB: DAP pertikai keputusan Bank Negara

Memetik laporan Sinar Harian, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, keputusan itu bakal menjadi bahan jenaka oleh masyarakat antarabangsa kerana tidak mengendahkan saman sivil DOJ dalam penipuan lebih AS$3.5 bilion itu.

“BNM sebagai pihak berkuasa berwibawa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA), tidak sepatutnya melepaskan tanggungjawab memulakan siasatan dalam urus niaga mencurigakan itu.

“Lebih teruk lagi apabila DOJ mendakwa sebahagian besar dana itu telah dicuci dan menyelinap masuk ke dalam sistem perbankan Malaysia, khususnya caj yang dikenakan AS$731 telah dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Malaysia Official 1 antara 2011 dan 2013,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara turut mempersoalkan tindakan Muhammad yang enggan menyiasat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Related Articles