Menurut Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Nor Hafizah Muhammad Lukman, maklumat awal melaporkan mangsa terdiri daripada 12 lelaki dan enam perempuan.
“Operasi mencari kumpulan itu sedang dijalankan pasukan bomba dan penyelamat yang menerima panggilan kira-kira pukul 6.42 petang semalam.
“Laporan awal komander operasi kejadian melibatkan 18 mangsa yang terkandas akibat salah seorang daripada mereka iaitu perempuan berusia 21 tahun terjatuh dan cedera
ketika menuruni laluan mendaki. Lokasi kumpulan tersebut berada pada ketinggian 600 meter dari paras laut berdekatan laluan ke Bukit Hangus,” katanya, memetik laporan Kosmo Online.
Katanya, tindakan mencari dan menyelamat dengan mendaki dari Lembah Bujang ke lokasi mangsa dilakukan bersama renjer hutan, malim gunung dan polis.