18 tahun hidup tak lelap mata akibat banjir

Penduduk mendakwa banjir melimpah masuk ke dalam kediaman setiap kali hujan lebat banjir kilat melanda kawasan perumahan tersebut.

Malangnya, dakwa mereka, setakat ini tiada sebarang usaha yang diambil kerajaan bagi menangani masalah banjir itu yang menyebabkan penduduk derita hampir dua dekad tanpa kesudahan.

“Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Jabatan Perparitan dan Saliran juga gagal mengambil langkah bagi menangani masalah berkenaan merupakan punca kejadian banjir masih berlaku di perumahan kami.

“Entah dengan siapa lagi kami nak mengadu penderitaan kami. Kami penat membuat ratusan aduan kepada pihak berkuasa, kami kini seolah hilang harapan umpama ‘kampung terbakar nampak asap hati terbakar siapa yang tahu”, keluh mereka lagi.

Dakwa penduduk lagi hujan tanpa henti selama 30 minit sudah cukup untuk banjir sehingga paras lutut memasuki setiap kediaman penduduk di situ.

“Parit di Jalan Pegaga perumahan ini juga telah dilebar dan didalamkan, namun tiada perubahan yang mana banjir bertambah buruk dan merosakkan harta benda kami.

“Kami mahu masalah ini segera diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa kerajaan bertanggungjawab,” kata Naib Presiden persatuan penduduk taman perumahan itu, G. Mohan. – Malaysia Nanban

 

Related Articles